Thursday 3 January 2013

Bagaimana untuk mendaftar dgn SKMM bagi mendapatkan grant GMBO RM1000

Bagaimana untuk mendaftar dgn SKMM bagi mendapatkan grant RM1000

1) Mula2 pergi ke laman web SKMM di:
http://www.skmm.gov.my
Laman ini boleh diakses mengunakan mana2 browser tetapi terbaik anda gunakan FIREFOX. Chorme boleh akses tetapi bila proses borang kadang2 ada masalah.




2) klik Link yang ada di muka depan atau pergi ke
http://nbi.skmm.gov.my

3) Pilih GET MALAYSIAN BUSINESS ONLINE (Paling kanan) atau ke link

http://gmbo.skmm.gov.my



3) Pilih BORANG PERMOHONANAN DALAM TALIAN

Jika ingin baca lanjut syarat boleh klik yang tengah-Syarat2 kelayakan


4) Isi Maklumat yang diperlukan (langkah 1 hingga 5).

Oleh kerana anda kena isi step by step borang ini tanpa henti, pastikan anda telah siap sedia dengan dokumen berikut utk rujukan anda
-Nama, alamat dan No SSM Syarikat anda
-Pendapatan kasar syarikat anda pada tahun2 lepas (anggaran setahun berapa)
-Jenis perkhidmatan internet yang anda guna utk perniagaan anda (jenis, no akaun dan nama internet provider, contohnya wimax, Unifi celcome etc).
- No akaun bank syarikat atau persendirian
Berikut preview soalan2 yang diberi:






Paling akhir, tekan hantar dan tunggu borang anda diproses. Sila pastikan anda tidak menukar laman, refresh atau tekan tab ke laman lain, ia akan ganggu proses penghantaran.


========================================================
FAQ dan UPDATES

UPDATES 1: 5 January 2012 -
Kepada yang telah isi borang tetapi tak dapat get trough (hang/ status hantar berpanjangan etc) boleh email ke gmbo@cmc.gov.my dgn isi kandungan berikut. (edit dgn ayat sendiri atau copy pun boleh..sila2)


Tajuk email (contoh):
PERKARA: Ingin tahu status permohonan

Isi kandungan email:
Saya (NAMA PENUH ANDA) dengan No kad pengenalan (NO KAD PENGENALAN ANDA)
Saya telah isi borang di GMBO dan borang tersbut terus "hang" beberapa kali bila tekan hantar (ia kekal pada status permohonanan anda sedang diproses).

Saya telah cuba gunakan SEMAK STATUS PERMOHANAN, tetapi tidak berlaku apa apa.

Boleh saya tahu jika permohonana saya telah direkodkan dalam sistem? Terima kasih sekali lagi,

NAM PENUH ANDA
k/p: NO KAD PENGENALAN ANDA
tel: NO HSET ANDA
Syarikat NAMA SYARAIKAT DAN NO SSM ANDA
ALAMAT:
ALAMAT NIAGA ANDA


--------------------------------------------------------------------------------------------------


FAQ:

1) Soalan: grant ni memang confirm semua boleh dapt ke kalau apply ? khas utk buat website ke fund ni?
Dalam Syarat dia stated duit tu boleh guna utk apa2 tujuan niaga online, tak semestinya utk pembangunan website.(nak guna bayar bil internet, modal niaga atau apa shj)

Cuma salahsatu syarat dlm borang tu kita mestilah mempunyai laman web dgn domain.my atau .com.my atau .net,my yang aktif utk mengisi application tersebut. Jika kita ada domain shj, tetapi tiada website, tak boleh. Ada Kuota utk org yang memohon , dan mestilah memenuhi syarat2 yang dinyatakan juga dihttps://gmbo.skmm.gov.my/plain/faqs.html


2) Dia akan bank in terus ke akaun kita ke ? kena bagi laporan kewangan, kurusu , bil ke apa kalau dah dapat tu supaya genap Rm1000 ?
Ya, duit akan dibank in terus ke akaun bank yang diisi pada borang.
Dlm T AND C Soalan No 13 di https://gmbo.skmm.gov.my/plain/faqs.html.
S: Adakah penerima geran perlu melaporkan penggunaan wang RM 1,000 yang diterima kepada SKMM ?
J: Penerima geran tidak perlu menghantar laporan. Pihak SKMM akan membuat pemantauan dan tinjauan berterusan mengenai keberkesanan program


3) Dah daftar jam 12 tadi...camne nak semak ye?..tipon pun..busy pulak...
Boleh semak dengan email kepada gmbo@cmc.gov.my dgn
tajuk PERKARA: Ingin tahu status permohonan.
Pastikan anda sertakan nama penuh,no tepon, no kad peneganalan, no ssm dan alamat syarikat anda dalam email anda.


4) Nama pada akaun jalur lebar ada masalah ker atas nama orang lain?
Rasanya takde masalah Sbb tu hanya nak tahu kita ni boleh online selalau ke tak ? Tak semua org bil atas nama seniri. Lebih2 lagi yang WAHM (work from home mom)

5) kene ada web .my ke? .com tak boleh? Boleh convert tak .com sekarang jadi .my?Ada dua cara utk dptkan website dgn domain .my.
1) Dengan berdaftar dptkan website percuma dihttp://www.getmybusinessonline.com.my/getstarted
- tetapi anda perlu membeli domain dgn harga Rm 23 (tahun pertama) dan juga beli Adwords Rm 50. Website percuma ini mmg basic fungsi dan Designnya amat terhad.
GMBo website ni sekarang dah tutup dah, tapi saya ada offer untuk anda!

(Sila baca di bawah)


----------------------------------------------------------------------------------------



UPDATES 11 NOVEMBER 2013
Okey,saya nak buka offer kepada 10 orang sahaja - Design untuk Blog Dan dapat domain .my (Jadi bolehlah apply SKMM grant kan?

1) BLOG DESIGN (Blogger platform) dengan domain .my
HARGA OFFER: Design Blog RM 350
Bayaran tahunan untuk domain: RM 150
First year tak perlu bayar tahunan (Jimat!).

Terma dan syarat:
- Untuk Blog design pakej 1 sahaja (Basic)
-Sidebar satu sahaja, samada kiri atau kanan
-1 kali review
- Ada Chatbox, Facbook Like box
- Jika nak tambah slider etc ada caj tambahan.
Boleh tgk contoh kat sini: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.423631574425961.1073741826.119243038198151&type=3

PROMOSI START 11 NOVEMBER 2013 Sampai cukup 10 orang.
Berminat sila email ke:
sales@zbs.my

2) SHOPPINGCARTS WEBSITE DENGAN DOMAIN .MY
HARGA OFFER: Design Shopping Cart RM 650
Bayaran tahunan untuk setup, domain dan hosting : RM 200
First year tak perlu bayar tahunan (Jimat!).

Terma dan syarat:
- Design kena pilih dari template basic yang sediada.
-Setting website (shipping, payment etc) dibuat oleh anda (Buku tutorial disediakan)
-Poster untuk slider tukar2 jika mahu tempah ada extra caj, boleh guna yang sendiri (Buku tutorial disediakan)
-Jika sudah ada domain dan hosting harga masih lagi RM 650
-Jika nak custom design, atau perlu kami edit, ada caj tambahan bergantung kepada jumlah kerja.
-Terhad kepada 10 orang sahaja

SERIUS BUYER ONLY. SIAPA TEMPAH DAHULU, BAYAR DAHULU DIA DAPAT.
PROMOSI START 11 NOVEMBER 2013 Sampai cukup 10 orang.
Berminat sila email ke:
sales@zbs.my

0 comments:

Post a Comment

 

Contact Form

Name

Email *

Message *

Follow My Blog

My Other Blog

  • Memperbaiki Diri - Saat ini, kita perlu sibukkan memperbaiki diri kita. Perbaiki amalan, sikap dan cara hidup. Fokus bagaimana untuk menghadapi saat getir, dan cara untuk ...
    3 years ago

IIUM Friends

Popular posts